Pawer! 10 Tahun Mengelilingi Amerika Dengan Anjing!

No comments
Mengelilingi Amerika sebenarnya tak sampai seminggu pun dah selesai. Tapi adalah seorang insan ni, dia mengambil masa 10 tahun mengelilingi Amerika. Tak tahu lah mungkin dia hendak membuat rekod dunia dengan mengelilingi amerika terlama di dunia atau mengelilingi amerika terbanyak di dunia.

anjing ara gureghian cerita pawer mengelilingi amerika
Penat Abang Pawer fikirkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi setelah mengetahui kebenarannya, AP rasa bersalah pun ada. Oleh itu, AP akan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya dan mengapa 10 tahun mengelilingi amerika bersama seekor anjing. Segalanya berpunca dari kehilangan orang yang tersayang. Bayangkan jika kita kehilangan insan yang kita sayang pasti kita akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Begitulah yang berlaku pada Ara Gureghian (67) yang berasal dari Florida. Beliau berasa sangat sedih setelah kehilangan ibunya yang tercinta. Lalu beliau pun mengelilingi Amerika dengan anjing dan sering melewati medan ekstrem mulai ribut bahkan salji.

Perjalanan itu menjadi sangat special kerana beliau menggunakan motosikal. Ara berasal dari Naples, Florida meluahkan rasa sangat puas hati dan gembira kerana dapat menikmati spenuhnya perjalanan itu bersama anjingnya yang diberi nama Pitbull. Bayangkan, betapa seronoknya Ara dapat melepaskan kesedihannya dengan menikmati perjalanan menaiki motosikal bersama anjingnya selama satu dekad. Ara mengatakan seandainya pengembaraan itu adalah terapi, ia juga turut mengabadikan foto dan menulis jurnal tentang perjalanannya. Ara Gureghian yang merupakan seorang chef yang amat profesional turut berkata.


"Kami telah memandu motosikal sejauh 300,000 batu melewati laluan naik dan turun pusat USA, menerjang cuaca sejuk di musim panas dan cuaca yang lebih hangat di musim sejuk."
anjing ara gureghian cerita pawer mengelilingi amerika

Dia memutuskan untuk mengelilingi Amerika dengan menaiki motosikal selepas dia kehilangan anak kesayangannya Lance  dan dia tidak mampu mengatasi kesedihannya itu. Selama satu dekad terakhir dia telah memilih untuk hidup secara normal atau mengembara. Sebelum dia mngembara dengan temannya itu, dia telah pergi mencari anjing yang anjing yang menjadi mangsa aniaya oleh majikannya. Dia telah menolong anjing tersebut dan meletak sespen di sebelah motosikalnya. Dia berkata,

"Saya ingin anjing itu dan saya mendapat roh di tempat perlindungan satu hari."

Setelah menyelamatkan anjing tersebut, mereka saling berbalas pandangan. Hanya mereka sahaja tahu ape yang telah berlaku. Dia telah mengalami perkara buruk perlu beberapa saat baginya untuk mempercayai Ara sebagai majikan barunya yang berhati emas. Anjing itu kini telah memakai ham, kacamata dan serta topi keledar. Oleh itu, Ara menganggap anjing itu sebagai teman hidupnya dalam melayari banyak tempat hingga kini.

anjing ara gureghian cerita pawer mengelilingi amerika

Ara dan Pitbull telah mendokumenkan banyak hal di perjalanan menggunakan kamera foto dan video serta memuat naiknya ke laman web yang telah menarik minat seramai lebih daripada 5 juta penonton. Menurutnya pemandangan luar biasa dan sangat mengasyikkan terletak di Southern Utah atau Northern Montana yang mempunyai glasier. Perjalanan ini akan selalu terkenang kerana tidak mempunyai tujuan perjalanan.

Buku 'Hues of My Vision,' telah menceritakan kisah Ara dan Pitbull. Dalam buku terssebutbanyak sekali kumpulan foto, peta dan kutipan. 

"Ada banyak matahari terbit, matahari terbenam, keindahan alam, dan bertemu anjing lain. Dari tiap adegan sangat menyentuh hati saya," kata Gureghian.
Di setiap foto, Gureghian memberikan sekaligus peta dengan ikon anak panah di mana tempat tersebut diambil serta lengkap dengan tambahan kutipan.
anjing ara gureghian cerita pawer mengelilingi amerika

Tak terfikir dek akal yang Ara dan Pitbull akan melakukan aktiviti sebegitu bila dalam kesedihan.
Oleh itu kalau para pembaca dalam kesedihan boleh laa melakukan aktiviti yg menarik berbanding melakukan aktiviti ritual iaitu menangis. Ibu AP selalu cakap menangis lama - lama tak elok untuk kesihatan.

No comments :

Post a Comment