Pawer! Beli Kereta Mewah Guna Syiling!

No comments
cerita pawer beli kereta guna duit syiling china

Seorang pengusaha stesen minyak yang berasal dari Kota Shenyang, China menggemparkan negaranya kerana sengaja membeli sebuah kereta mewah bernilai 680 Ribu Yuan dengan menggunakan duit syiling.

Seramai sepuluh orang pekerja terpaksa mengangkut syiling yang dibawa ke bank menggunakan lori. Menurut laporan Shanghaiist, pembeli yang hanya mahu dikenali sebagai Gan mengaku sengaja menggumpul banyak duit syiling.

Ribuan duit syiling itu telah dikumpul selama bertahun-tahun daripada wang baki daripada bas yang sering mengisi diesel di stesen minyak miliknya.

"Ditempat saya, jauh daripada bank sehingga saya terpaksa pilih untuk menyimpan duit syiling itu sehingga menjadi banyak.

cerita pawer beli kereta guna duit syiling china

Di negara China, ini bukan kali pertama pembeli membeli barang yang bernilai tinggi dengan menggunakan duit syiling kerana tiga bulan lalu, seorang lelaki dari Kota Fujian membeli sebuah apartment bernilai 100 ribu Yuan juga menggunakan duit syiling. - ohmedia

No comments :

Post a Comment