Lagi Pawer! Diderma RM1000 Lepas Derma RM100!

No comments
cerita lagi pawer derma rm1000 wanita misteri
Macam aku ni penipu pun ade kan? Tapi percayalah peristiwa ini telah berlaku dalam dunia realiti kita. Peristiwa ini berlaku pada seorang budak bertuah. Nama Facebook (FB) dia Rashidah Rashidi yang merupakan pelajar IPT di Bangi.

Pengalaman yang aneh ini dialaminya semasa dalam perjalanan pulang ke IPT nya di Bangi.

Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Rashidah,

Dia berhenti sebentar di Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, Pahang kerana lapar dan kepeningan. Jadi dia pun pergi la makan. Tiba-tiba dia didatangani oleh seorang wanita yang tak dikenali sambil mendukung anaknya yang comel meminta bantuan Rashidah kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mengisi minyak.

Berdasarkan ceritanya, Rashidah tidak mempercayai bahawa wanita itu kehilangan dompet dan tidak mempunyai wang untu mengisi minyak. Lalu dia menipu wanita tersebut dengan mengatakan dia tidak mempunyai wang. Rashidah berkata demikian kerana pada hari itu dia telah menghabiskan banyak wang untuk pulang ke IPT dan servis kereta. Oleh itu dalam dompet Rashidah hanya tinggal RM100 sahaja. Tetapi wanita itu tidak berputus asa dan terus merayu rayu pada Rashidah. Tetapi Rashidah tetap berkeras dengan jawapannya yang dia tak ada duit. Selang beberapa minit wanita itu dengan muka sedih bangun dan berlalu pergi.

Sementara wanita itu sedang berlalu pergi, Rashidah terpandang pada anak co...mel yang didukung oleh wanita itu sambil berfikir. Akhirnya Rashidah berasa kesal dengan jawapannya itu tadi dan tidak sampai hati melihat wanita itu dalam kesusahan. Lalu rashidah mengejar wanita itu, dan memberi segala wang yang ada dalam dompetnya kepada wanita itu. 

Dalam hatinya berkata "tawakallah tipu pun tipu lah... aku tak sampai hati melihat wajah kesian anak kecil yang didukung oleh waniita itu.."

Rashidah berjaya snap gambar wanita dan anak kecil itu tetapi gambar tiba tiba menjadi 'blur'.

cerita lagi pawer derma rm1000 wanita misteri
wanita misteri dan anaknya


Selepas wanita itu melangkah pergi Rashidah terus rasa kenyang dan hilang rasa peningnya. Rashidah pun terus bergerak pulang. 
Setibanya dia di tol Bentong, dia ditegur oleh akak yang menjaga tol "adik, kenapa letak duit at wiper?"
Rashidah terus kebingungan. Tetapi apabila dia pandang wiper dia terlihat macam duit, Dia terus stop tepi highway dan lihat ada duit RM50. Apabila dia kira.... perghhh ada 20 keping duit RM50! Rashidah terus pandang disekitarnya dan berfikir siapa la yang letak duit di situ. Terus meremang bulu romanya dan blur.

Begitulah cerita paling pawer. Derma sikit je tiba-tiba dapat pulangan yang lumayan. MLM pun tak macam ni. Modal kecik pulangan besar. Begitulah keajaiban Allah. Rezeki ada di mana mana. Jika kita memberi satu, Allah akan membalas sepuluh kali ganda. 100 x 10 = 1000. Wow tepat kiranya! Jadi kepada semua reader banyak banyak-banyak la sedekah kerana In shaa Allah tuhan akan membalas lebih dari yang kita beri. So nak free lagi banyak. Ringan-ringan la tangan memberi dengan ikhlas.

cerita lagi pawer derma rm1000 wanita misteri
gambar duit kertas RM50 20 keping


Sesungguhnya janji Allah mengenai kebaikan bersedekah itu sememangnya benar.
Firman Allah, “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik di mana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah.” (Surah al-Baqarah ayat 272).

No comments :

Post a Comment