Pawer! Lepas Makan Dapat Pelukan Mesra!

No comments
cerita pawer makan dapat peluk mesra down syndrome
Dengar macam pelik la jugak. Pergi kedai, makan, lepas habis makan terus mendapat pelukan percuma dari pekerja kedai.

Kita tahu prinsip sebuah restoran ialah menawarkan makanan dan memberikan layanan dengan penuh kemesraan. Tetapi pada kali ini Abang Pawer ingin membawa cerita tentang sebuah restoran yang sangat mesra dengan pelanggannya.

Sebuah restoran di Albuquerque iaitu Team’s Place menawarkan perkhidmatan lain dari yang lain dan lebih mesra dari mana-mana restoran di dunia ini.

Tim Harris merupakan pemilik restoran tersebut akan memberikan pelukan mesra kepada semua pelanggan yang sudah selesai makan di dalam restoran tersebut. Pada mulanya ia menjadi sesuatu yang agak janggal bagi pelanggan yang datang ke kedai itu. Tetapi setelah dipraktikkan ia menjadi suatu tarikan yang sangat istimewa. Ini merupakan salah satu cara yang sangat unik dan mampu menarik banyak pelanggan. Kerana suasana di restoran sudah tentu menjadi hangat dan wujud sifat kekeluargaan.

Abang Pawer juga baru mendapat cerita dari sumber yang dipercayai, bahawa Team’s Place juga disebut sebagai restoran yang paling ramah sedunia. Tak sangka jugak hanya dengan servis yang agak simple sahaja terus mampu menaikkan lagi nama Team’s Place.

Berdasarkan sumber yang dipercayai ade bisik-bisik kat Abang Pawer yang servis itu telah dipraktikkan sejak tahun 2010. Pada lima tahun terakhir, mereka sudah memberikan kira-kira 19 ribu pelukan dengan menggunakan sebuah mesin khas yang disebut sebagai Hug Counter. Yang menjadi Team’s Place lebih menarik ialah mereka telah menjadian servis pelukan itu sebagai salah satu dari menu restoran ini. Di dalamnya disebut juga bahawa pelukan Team adalah bebas dari kalori, rasa bersalah dan juga mampu meningkatkan kualiti hidup.

cerita pawer makan dapat peluk mesra down syndrome


Pelukannya memang istimewa kerana mengingatkan dirinya merupakan seorang pengidap Down Syndrome.

“Aku suka memberikan pelukan pada pelanggan kerana aku ingin mereka merasa nyaman dan berhubung dengan rakan-rakan mereka“. Terangnya.
“Team mempunyai kualiti unik yang membuatnya dapat merasa bahagia setiap hari.” Tambah ibu Tim, Jeanne.

Semua kejayaan yang diraihnya pada usia muda didedikasikan kepada ayahnya.

“Dia adalah pahlawan dan inspirasiku. Aku sangat mencintai ayah saya.” Katanya.

cerita pawer makan dapat peluk mesra down syndrome


Abang Pawer sedang menabung ni (kot) untuk pergi ke Team’s Place. Sebab bila Abang Pawer kaji dan tengok pasal restoran ini membuatkan Abang Pawer teringin sangat nak pergi sana. So, ada tak sesiapa yang teringin tak pergi ke sana hanya untuk mendapat pelukan percuma?

No comments :

Post a Comment