Tak Pawer! Dulu Dipuja, Kini Mati Gelandangan!

No comments
cerita pawer gelandangan model dipuja venezuela ruiz
Slogan yang agak menyentuh jiwa sebenarnya. Abang Pawer yang mendengar kisah berkaitan slogan ini pun rasa tersentuh merasa sedih membacanya.

Kata-kata tersebut ada kaitannya dengan seorang bekas ratu cantik pada suatu masa dulunya ia merupakan seorang idola yang menjadi pujaan setiap peringkat masyarakat. Insan itu ialah Damarys Ruiz, yang telah memiliki kecantikan yang amat mempesonakan dan disanjung ramai sehingga dia dinobatkan sebagai Miss Venezuela dalam pertandingan Miss Universe.

Pada usianya mencecah 26 tahun, Ruiz telah berjaya memukau setiap mata yang memerhatikannnya lalu dinobatkan sebagai Miss Venezuela 1973 dan yang paling menakjubkan, dia mempunyai latar belakang sarjana dalam jurusan undang-undang.


Abang Pawer confirm dah masuk minang dia kalau umur Abang Pawer lebih kurang sebaya dengan dia. Siapa la yang tak nak dengan orang yang boleh dikatakan perfect macam tu kan?

Bak kata orang "Kalau dah selalu sangat buat benda yang sama mesti bosan. Baik cuba benda yang baru."

Ruiz sudah menjadi terlalu famous. Oleh kerana dia bosan menjadi famous dan sentiasa menjadi tumpuan, Ruiz akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjaya dengan sarjananya dan mula menjual kraf tangan dan perhiasan dari bahan kitar semula di Caracas.

'Tuah harimau pada belangnya, tuah manusia siapa yang tahu.'
cerita pawer gelandangan model dipuja venezuela ruiz

Tidak ada sesiapa pun yang menjangka kehidupan Ruiz berubah di penghujung usianya. Ruiz telah menghembuskan nafas yang terakhirnya pada umur 68 tahun sebagai seorang gelandangan di Caracas. Apa yang lebih menyentuh hati dan menyedihkan AP, ialah pabila Ruiz telah mati, tiada seorang pun sanak saudara atau keluarga yang mahu memeriksa mayatnya. Kedengaran perkara itu mustahil kerana Ruiz merupakan seorang yang sangat terkenal pada masa dahulu, jadi pasti ramai yang menyayangi nya dan akan datang melawat mayatnya. Tetapi perkara seperti itu tidak berlaku. yang berlaku adalah sebaliknya. 

Pada tahun 2005, media tempatan sempat membuat liputan tentang kisah hidup Ruiz yang bersendirian dan menjauhi para jejaka. Ruiz juga ada memberitahu tentang sikap-sikap bekas-bekas teman lelaki Ruiz yang terlalu sensitif dan seringkali mengongkong Ruiz, serta bertindak kasar terhadapnya. Sejak kejadian itu, Ruiz pernah tinggal bersama adiknya. Tetapi, dia dianggap seperti binatang, kerana dia sering diseksa, diancam dan tidak diberi makan oleh adiknya.

Teman rapat Ruiz, Rosalba Gomez, menceritakan kisah hidup Ruiz yang memilukan. Rosalba mengatakan hidup Ruiz penuh dengan tekanan dan kemurungan terutamanya dua tahun sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Aku sempat bertemu dengannya dua hingga tiga kali, lalu kami membicarakan hal yang sangat panjang. Aku senang mendengar dia berbincang dan menceritakan kisah-kisah atau apa pun," ujar Rosalba.

cerita pawer gelandangan model dipuja venezuela ruiz

Setiap insan perlu ada sifat ihsan dan kasih sayang. Bukan pada yang tersayang tetapi pada semua. AP nak berpesan pada semua, marilah kita jadikan cerita ini sebagai teladan dan kalau boleh jangan la jadikan artis-artis tanah air kita melalui kehidupan yang memilukan macam ni.

No comments :

Post a Comment